Wahai
wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang
rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik
sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik
kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki
adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita
yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.
Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh
lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan
wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita
yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai
prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai
lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita
yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah
dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali
tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta
dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki
suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki
boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja
dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan
wanita itu seperti kurang matang.